RSS
Facebook
Twitter


Mengapakah kita perlu berzikir? Ketahuilah, antara faedah berzikir :

1 - Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
2 - Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya,
3 - Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam
      jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
4 -  Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,
5 -  Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)
6 -  Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan
       kejahatan lain.
7 -  Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.
8 -  Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.
9 -  Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.
10- Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.
11- Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.


ALLAH berfirman :
 “ Maka ingatlah kepadaKu,  Aku akan ingat kepadamu. “ ( Surah Al Baqarah : 152 ) 

kita sabagai seorang manusia yang beragama Islam hendaklah sentiasa mengingati akan 
ALLAH setiap masa...dikala susah atau senang kerana Dialah pencipta kita...dan kita
hendaklah bersyukur kepadaNYA kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup untuk berzikir kepadaNYA...


--imammuda imran zaidi- 


0 comments:

Catat Ulasan

  • Metal Set - Link Select